Salam perkenalan.
Sebelum aku pergi lebih jauh lagi dalam blog ini.. izinkan aku menghamparkan serba sedikit (meski tidak sepenuhnya) berkenaan diri aku yang serba kekurangan dalam kebanyakan ini. Dilahirkan di pinggir kota Kuala Lumpur yang indah pada pertengahan 70'an dan mendapat didikan awal yang sempurna dalam kepayahan di Sek Ren Sultan Hishamuddin bersebelahan pusat simpanan duit negara dan seterusnya bertukar-tukar lokasi disekitar ibukota..
Kini aku kembali menjadi penghuni Kuala Lumpur yang cukup setia.. (Saman DBKL dan Cukai Pintu dah dibayar.. kira setia laa tuh!) setelah berjauhan kira-kira 8 tahun atas kehendak tugas dan tanggungjawab negara.
Kuala Lumpur (Kolumpo... adik beradik aku cakap..) pada sekitar hujung 70'an dan awal 80'an bukan sepertimana yang kita saksikan kini. Meskipun jenayah tetap berlaku pada ketika itu.. tetapi kadar pembuangan bayi masih belum tinggi. Ibubapa dan jiran tetangga masih mengambil berat tentang anak sendiri dan anak tetangganya.. Anak dara masih boleh ditegah keluar malam waima nak kedai membeli tampon sekalipun.. haha... itu pendapat aku mengenai Kolumpo dahulu.. ketika hingus masih meleleh...
Aku namakan blog ini KL Blues.. kenapa blues? nak tiru cerita kartunis Ayie dalam majalah Ujang dulu ke? hehehe.. mungkin kot.. tapi pada aku kerana pengertian 'Blues' tu sendiri..
Kalau sebut KL.. rata-rata orang akan faham.. maknanya Kuala Lumpur.. ibunegara Malaysia. Makna 'Blues' pula kalau dibuat kajiselidik dalam internet (semak dengan wikipedia) maknanya lebih kurang seperti berikut:
"The phrase the blues is a reference to having a fit of the blue devils, meaning 'down' spirits, depression and sadness. An early reference to "the blues" can be found in George Colman's farce Blue devils, a farce in one act (1798).[1] Later during the 19th century, the phrase was used as a euphemism for delirium tremens and the police.
Though usage of the phrase in African American music may be older, it has been attested to since 1912 in Memphis, Tennessee with W. C. Handy's "Memphis Blues".[2][3] In lyrics the phrase is often used to describe a depressed mood."
Secara ringkasnya bolehlah ditakrifkan 'Blues' ni bermakna kesedihan dan kemuraman.. kalau lihat dalam skop aku.. aku ambil tafsirannya adalah satu keadaan yang suram dan sayu.. bukan bermakna penyedih dan suka menangis.. lebih kurang gitulah maknanya... jadi.. tujuan aku buka Blog ini adalah untuk berkongsi apa yang aku rasakan dalam diri aku.. berhubung perkara-perkara semasa yang berlaku disekeliling aku..
Okay..
Esok cuti Hari Pekerja dan Hari Wesak... kalau mengikut kata Hishamuddin Rais, dia akan mengingati hari ini sebagai mengingati Karl Marx dan Gautama Buddha.. aku tak boleh nak menerangkan secara terperinci.. tapi dari pengamatan aku.. apa yang dia cuba sampaikan bermaksud bukannya dia tu penganut fahaman Budha atau komunis.. tetapi mengambil aspek kebaikan yang terdapat dalam kedua-dua ajaran itu. Ntahla...
pada aku.. kedua-duanya membawa maksud CUTI.. dan aku boleh gunakannya untuk balik menziarahi mak abah aku selama 2 hari.. Ada isu yang timbul berkenaan cuti dua hari nih.. Ianya berlanjutan dari komen yang mengatakan bahawa kerajaan tak perlu beri cuti selama dua hari walaupun hari Buruh dan Wesak ni jatuh pada hari yang sama.. ironinya orang yang mengeluarkan komen ini adalah Presiden CEUPECS sendiri... apa matlamat dan objektif dia bagi statement camni tak dapat pulak aku nak analisa... kemudian.. banyak pula suara-suara yang menyokong.. terutamanya ahli politik dan pekerja swasta (kononnya dia yang bayar gaji pekerja kerajaan laa...)
Apa yang nak dihebohkan... cuti dua hari.. kita takut banyak kerja terbengkalai.. prestasi pekerja kerajaan akan merudum... melemahkan fungsi jabatan la... Projek perumahan kat Bukit Antarabangsa yang terbengkalai bertahun-tahun tu bukan berpunca dari pekerja kerajaan cuti 2 hari.. kejatuhan ekonomi dunia pada 1997... adakah berlaku semasa cuti 2 hari? hehehe
29 April, 2007
Subscribe to:
Comments (Atom)
