19 April, 2010

Tazkirah 2 - Manusia Sering Menolak Hidayah, Bagaimana?

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Itulah manusia. Ada manusia yang sungguh-sungguh berdoa meminta agar diberikan hidayah. Namun ada juga manusia beriya-iya menolak hidayah dan langsung tidak berusaha untuk menggapainya. Bagaimana dikatakan menolak hidayah?

Menurut Muhammad al-Mu'afa, terdapat beberapa perbuatan yang boleh dianggap menolak hidayah iaitu:
-Berpaling daripada hukum Allah S.W.T
-Mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T
-Berpaling daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya serta keesaan-Nya.
-Mengelak daripada membelanjakan wang di jalan Allah.
-Tidak suka berzikir menyebut nama Allah.
-Lalai daripada mengingati akhirat.
-Tidak membaca Al-Quran dan merenungi isi kandungannya apatah lagi beramal dengan ajarannya.
-Tidak bersyukur dengan nikmat dan sebarang kurniaan yang telah diberikan Allah kepadanya.
-Terlalu mengikut hawa nafsu.
-Mudah terpesona dengan godaan syaitan dan tipu dayanya.
-Memekakkan telinga daripada mendengar peringatan-peringatan.

Apa hukum berpaling daripada hidayah? Menurut Ibn Hajar Al-Haithimi dalam bukunya, Al-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kabair, menolak hidayah merupakan dosa besar, lebih besar daripada dosa mencuri, berzina dan lain-lain kerana mempunyai kesan yang sangat buruk terhadap pelakunya.

Sumber: Majalah SOLUSI Isu # 12. m/s 82

14 April, 2010

Tazkirah 1

Mulai sekarang aku akan selitkan sedikit pesanan untuk diri aku sendiri dan sesiapa sahaja yang membaca blog aku ni.. (ada ke yang baca?) Bukan tujuannya nak menunjuk-nunjuk yang aku ni kononnya baik atau sebagainya.. tapi sebagai satu peralihan minda untuk cuba menjadi lebih baik lagi di masa hadapan. Insyaallah..

Tazkirah ini aku akan ambil dari artikel-artikel pilihan yang aku baca dari Majalah Solusi yang aku kira sebagai majalah keagamaan yang sesuai untuk mereka-mereka yang hendak berjinak-jinak atau mula mencari jalan kebenaran..
Jadi untuk kali ini aku akan kongsikan berkenaan dengan aspek 'Sedekah'.

Sedekah Secara Diam-Diam

Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar, maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para Malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya: " Ya Rabbi, adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi." (Kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat daripada besi).

Malaikat pun kembali bertanya: "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada besi?" Allah yang Maha Suci menjawab: "Ada iaitu api". (Besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah dibakar dengan api)

Malaikat kembali bertanya: "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada api?"


Allah yang Maha Agung menjawab: "Ada iaitu air". (Api yang membara macam mana pun akan padam dengan simbahan air).

"Ya Rabbi, adakah sesuatu  dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada air?" tanya Malaikat lagi.


Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab: "Ada iaitu Angin". (Air di samudera akan segera terangkat , bergulung-gulung  dan berombak, menghempas pantai dan batu karang, menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin . Angin ternyata memiliki kekuatan yang sangat dahsyat).

Akhirnya para Malaikat bertanya lagi: "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada angin?"


Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatan-Nya menjawab:


"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". (Riwayat al-Tirmizi)

Dipetik dari SOLUSI Isu No.14 2009

20 March, 2010

Gerhana Tengah Bulan...

Cuti sekolah bulan Mac ini jatuh pada pertengahan bulan.. pada ketika ibu bapa yang bekerja belum terima gaji.. Gaji telah diterima awal pada bulan Feb sempena menyambut Tahun Baru Cina.. Gaji dijangka pada 25 hb.. sekarang  baru 20..  Semasa awal Mac tempohari dah terdengar rungutan rakan-rakan duit perbelanjaan tak cukup.. masing-masing terpaksa kawal belanja hingga ada yang 'ikat perut'. Itulah Gerhananya Tengah Bulan Mac ini...

Begitulah akibatnya kalau terlalu banyak sambutan terutamanya pada awal dan hujung tahun.. sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina menyebabkan kerajaan terutamanya membayar awal gaji pekerja atas alasan untuk membantu persiapan perayaan.. tetapi lepas habis perayaan...'tekanan perasaan..' Sehubungan itu, memang tak menghairankan apabila pada ketika ini kita dapat lihat kebanyakan pekerja kerajaan berwajah sugul meskipun tidak sedih nak telan air liur pun tersekat-sekat je gayanya.. Pusat Beli Belah Jaya Jusco, Tesco dan Carrefour lengang je.. Tapi jangan salah sangka.. tunggulah 25 hb Mac nanti... anda semua boleh saksikan di Jaya Jusco dah macam Wrestlemania... perghhh.. nyamuk nak terbang pun tak lepas... rapat beb...!

09 March, 2010

08 March, 2010

Proton EMAS


Aku terbaca dari laman web berkenaan pengenalan prototype kereta konsep Proton yang diberi nama EMAS iaitu dari akronim 'Eco Mobility Advance Solution'. Kereta ini menggunakan kepakaran Itali untuk rekabentuknya iaitu dari Italdesign Giugiaro. Sesuatu yang boleh dibanggakan jika diukur dari umur PROTON yang masih baru telah berjaya mengeluarkan prototype yang futuristik.



Selepas ini pasti akan timbul komen-komen rakyat Malaysia Boleh yang rata-ratanya akan mengutuk dan memperkecilkan usaha PROTON ini. Kalau tak percaya, boleh semak di forum-forum. Bentuk kodok la.. kenapa tak tiru Honda la.. dan macam-macam lagi komen dari mereka yang tak pernah berbangga dengan pencapaian negara sendiri.

Heh!.. someeee.... people..

29 April, 2007

Hamparan Diri

Salam perkenalan.

Sebelum aku pergi lebih jauh lagi dalam blog ini.. izinkan aku menghamparkan serba sedikit (meski tidak sepenuhnya) berkenaan diri aku yang serba kekurangan dalam kebanyakan ini. Dilahirkan di pinggir kota Kuala Lumpur yang indah pada pertengahan 70'an dan mendapat didikan awal yang sempurna dalam kepayahan di Sek Ren Sultan Hishamuddin bersebelahan pusat simpanan duit negara dan seterusnya bertukar-tukar lokasi disekitar ibukota..

Kini aku kembali menjadi penghuni Kuala Lumpur yang cukup setia.. (Saman DBKL dan Cukai Pintu dah dibayar.. kira setia laa tuh!) setelah berjauhan kira-kira 8 tahun atas kehendak tugas dan tanggungjawab negara.

Kuala Lumpur (Kolumpo... adik beradik aku cakap..) pada sekitar hujung 70'an dan awal 80'an bukan sepertimana yang kita saksikan kini. Meskipun jenayah tetap berlaku pada ketika itu.. tetapi kadar pembuangan bayi masih belum tinggi. Ibubapa dan jiran tetangga masih mengambil berat tentang anak sendiri dan anak tetangganya.. Anak dara masih boleh ditegah keluar malam waima nak kedai membeli tampon sekalipun.. haha... itu pendapat aku mengenai Kolumpo dahulu.. ketika hingus masih meleleh...

Aku namakan blog ini KL Blues.. kenapa blues? nak tiru cerita kartunis Ayie dalam majalah Ujang dulu ke? hehehe.. mungkin kot.. tapi pada aku kerana pengertian 'Blues' tu sendiri..

Kalau sebut KL.. rata-rata orang akan faham.. maknanya Kuala Lumpur.. ibunegara Malaysia. Makna 'Blues' pula kalau dibuat kajiselidik dalam internet (semak dengan wikipedia) maknanya lebih kurang seperti berikut:

"The phrase the blues is a reference to having a fit of the blue devils, meaning 'down' spirits, depression and sadness. An early reference to "the blues" can be found in George Colman's farce Blue devils, a farce in one act (1798).[1] Later during the 19th century, the phrase was used as a euphemism for delirium tremens and the police.
Though usage of the phrase in
African American music may be older, it has been attested to since 1912 in Memphis, Tennessee with W. C. Handy's "Memphis Blues".[2][3] In lyrics the phrase is often used to describe a depressed mood."

Secara ringkasnya bolehlah ditakrifkan 'Blues' ni bermakna kesedihan dan kemuraman.. kalau lihat dalam skop aku.. aku ambil tafsirannya adalah satu keadaan yang suram dan sayu.. bukan bermakna penyedih dan suka menangis.. lebih kurang gitulah maknanya... jadi.. tujuan aku buka Blog ini adalah untuk berkongsi apa yang aku rasakan dalam diri aku.. berhubung perkara-perkara semasa yang berlaku disekeliling aku..

Okay..

Esok cuti Hari Pekerja dan Hari Wesak... kalau mengikut kata Hishamuddin Rais, dia akan mengingati hari ini sebagai mengingati Karl Marx dan Gautama Buddha.. aku tak boleh nak menerangkan secara terperinci.. tapi dari pengamatan aku.. apa yang dia cuba sampaikan bermaksud bukannya dia tu penganut fahaman Budha atau komunis.. tetapi mengambil aspek kebaikan yang terdapat dalam kedua-dua ajaran itu. Ntahla...

pada aku.. kedua-duanya membawa maksud CUTI.. dan aku boleh gunakannya untuk balik menziarahi mak abah aku selama 2 hari.. Ada isu yang timbul berkenaan cuti dua hari nih.. Ianya berlanjutan dari komen yang mengatakan bahawa kerajaan tak perlu beri cuti selama dua hari walaupun hari Buruh dan Wesak ni jatuh pada hari yang sama.. ironinya orang yang mengeluarkan komen ini adalah Presiden CEUPECS sendiri... apa matlamat dan objektif dia bagi statement camni tak dapat pulak aku nak analisa... kemudian.. banyak pula suara-suara yang menyokong.. terutamanya ahli politik dan pekerja swasta (kononnya dia yang bayar gaji pekerja kerajaan laa...)

Apa yang nak dihebohkan... cuti dua hari.. kita takut banyak kerja terbengkalai.. prestasi pekerja kerajaan akan merudum... melemahkan fungsi jabatan la... Projek perumahan kat Bukit Antarabangsa yang terbengkalai bertahun-tahun tu bukan berpunca dari pekerja kerajaan cuti 2 hari.. kejatuhan ekonomi dunia pada 1997... adakah berlaku semasa cuti 2 hari? hehehe