Cuti sekolah bulan Mac ini jatuh pada pertengahan bulan.. pada ketika ibu bapa yang bekerja belum terima gaji.. Gaji telah diterima awal pada bulan Feb sempena menyambut Tahun Baru Cina.. Gaji dijangka pada 25 hb.. sekarang baru 20.. Semasa awal Mac tempohari dah terdengar rungutan rakan-rakan duit perbelanjaan tak cukup.. masing-masing terpaksa kawal belanja hingga ada yang 'ikat perut'. Itulah Gerhananya Tengah Bulan Mac ini...
Begitulah akibatnya kalau terlalu banyak sambutan terutamanya pada awal dan hujung tahun.. sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina menyebabkan kerajaan terutamanya membayar awal gaji pekerja atas alasan untuk membantu persiapan perayaan.. tetapi lepas habis perayaan...'tekanan perasaan..' Sehubungan itu, memang tak menghairankan apabila pada ketika ini kita dapat lihat kebanyakan pekerja kerajaan berwajah sugul meskipun tidak sedih nak telan air liur pun tersekat-sekat je gayanya.. Pusat Beli Belah Jaya Jusco, Tesco dan Carrefour lengang je.. Tapi jangan salah sangka.. tunggulah 25 hb Mac nanti... anda semua boleh saksikan di Jaya Jusco dah macam Wrestlemania... perghhh.. nyamuk nak terbang pun tak lepas... rapat beb...!
20 March, 2010
09 March, 2010
08 March, 2010
Proton EMAS

Aku terbaca dari laman web berkenaan pengenalan prototype kereta konsep Proton yang diberi nama EMAS iaitu dari akronim 'Eco Mobility Advance Solution'. Kereta ini menggunakan kepakaran Itali untuk rekabentuknya iaitu dari Italdesign Giugiaro. Sesuatu yang boleh dibanggakan jika diukur dari umur PROTON yang masih baru telah berjaya mengeluarkan prototype yang futuristik.
Selepas ini pasti akan timbul komen-komen rakyat Malaysia Boleh yang rata-ratanya akan mengutuk dan memperkecilkan usaha PROTON ini. Kalau tak percaya, boleh semak di forum-forum. Bentuk kodok la.. kenapa tak tiru Honda la.. dan macam-macam lagi komen dari mereka yang tak pernah berbangga dengan pencapaian negara sendiri.
Heh!.. someeee.... people..
Subscribe to:
Comments (Atom)
