19 April, 2010

Tazkirah 2 - Manusia Sering Menolak Hidayah, Bagaimana?

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Itulah manusia. Ada manusia yang sungguh-sungguh berdoa meminta agar diberikan hidayah. Namun ada juga manusia beriya-iya menolak hidayah dan langsung tidak berusaha untuk menggapainya. Bagaimana dikatakan menolak hidayah?

Menurut Muhammad al-Mu'afa, terdapat beberapa perbuatan yang boleh dianggap menolak hidayah iaitu:
-Berpaling daripada hukum Allah S.W.T
-Mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T
-Berpaling daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya serta keesaan-Nya.
-Mengelak daripada membelanjakan wang di jalan Allah.
-Tidak suka berzikir menyebut nama Allah.
-Lalai daripada mengingati akhirat.
-Tidak membaca Al-Quran dan merenungi isi kandungannya apatah lagi beramal dengan ajarannya.
-Tidak bersyukur dengan nikmat dan sebarang kurniaan yang telah diberikan Allah kepadanya.
-Terlalu mengikut hawa nafsu.
-Mudah terpesona dengan godaan syaitan dan tipu dayanya.
-Memekakkan telinga daripada mendengar peringatan-peringatan.

Apa hukum berpaling daripada hidayah? Menurut Ibn Hajar Al-Haithimi dalam bukunya, Al-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kabair, menolak hidayah merupakan dosa besar, lebih besar daripada dosa mencuri, berzina dan lain-lain kerana mempunyai kesan yang sangat buruk terhadap pelakunya.

Sumber: Majalah SOLUSI Isu # 12. m/s 82

1 comment:

Aiza Abd Rahman said...

salam, saya ada terbaca komen akak pasal duromine di ubat kehidupan.blogspot.com, erm, berkesan ke? saya segan laa nak jumpa doktor nak beli..